CARA MASAK BOK CHOY BERKUAH DAGING

Saturday, January 8, 2011
Posted by Aman

BOK CHOY BERKUAH DAGING

Bok Choy Berkuah Daging
Assalammualaikum semua, salam .Dah makan tengah hari?,
TAK TAHU KE...?
  • Pelangi terbentuk apabila matahari berada 40 darjah atau kurang, di atas garis horizon.
  • Tahukah anda seekor kucing hanya boleh melihat dua warna sahaja iaitu hitam dan putih.
  • Sebelum menjadi penakluk teragung dunia, Genghis Khan asalnya cuma seorang pengembala kambing. Sementara itu, seorang lagi penakluk agung, Napoleon Bonaparte mempunyai orang gaji khas yang tugasnya setiap hari ialah memastikan tidak ada kucing di dalam kasut maharaja Perancis itu, sebelum beliau memakainya. Napoleon sebenarnya takut kepada kucing.
  • Semua cecair yang bergerak bebas di udara akan mengubah bentuknya menjadi bulat. Ini berlaku akibat tekanan yang dialami di setiap pemukaannya.


BAHAN-BAHANNYA :-)
7 pokok sawi bok choy
300 g daging
1 keping tauhu keras
1 biji bawang besar, dihiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris serong
1 camca besar sos tiram
3 titik minyak bijan (optional)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sawi bok choy direndam dalam air, leraikan tangkainya dan cuci bersih, toskan, asingkan tangkai dan daun. Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut, simpan air rebusan 1 1/2 cawan. Tauhu didadu kecil dan goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili merah, tumis hingga harum, masukkan sos tiram, kacau rata dan tuang air rebusan daging tadi. Biar mendidih.
  3. Masukkan tangkai sawi dan masak hingga lembut. Tambah daun nya dan kacau rata. Perasankan dengan garam secukupnya. Kacau dan angkat. Hidangkan panas2 bersama nasi dan lauk2 lain...

0 comments: