CARA MASAK DAGING MASAK NEGRO

Friday, January 7, 2011
Posted by Aman

DAGING MASAK NEGRO

Daging Masak Negro
Assalammualaikum semua, salam sejahtera.
KAMU TAHU TAK....
  • Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah huruf 'E' manakala 'Q' adalah huruf yang paling kurang digunakan. Kalau tak percaya , beli surat akhbar berbahasa Inggeris dan semaklah sendiri.
  • Seorang kanak-kanak boleh menghabiskan banyak masa untuk mempelajari sesuatu yang baru melalui TV. Tetapi purata seorang kanak-kanak menghabiskan masanya menonton TV adalah kira-kira 28 jam seminggu, iaitu sama banyak dengan masa mereka di sekolah.
  • Jika anda mengira tanpa henti selama 24 jam sehari, ini bermakna anda perlu mengambil masa selama 31,688 tahun untuk sampai ke angka satu trilion!

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*
2 biji cili hijau*(*dikisar halus)
1/2 camca besar rempah kari daging
4 camca besar kicap pekat manis
1 camca besar kicap cair
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
1 cawan air
1 biji bawang besar, dihiris
1 biji cili merah, hiris serong
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging tadi digaul bersama bahan kisar halus, perap 1 jam. Rempah kari daging dibancuh dengan sedikit air hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan rempah tumis dan masak hingga harum, tambah rempah kari tumis hingga garing. Masukkan daging, kacau rata dan biar daging kecut. Gunakan api sederhana.
  3. Tuang air dan masukkan kicap pekat manis dan kicap cair. Masak hingga pekat dan daging empuk. Masukkan bawang besar hiris dan cili merah, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan hirisan daun bawang...

0 comments: