CARA MASAK SUP DAGING PEDAS MASAM

Friday, January 7, 2011
Posted by Aman

SUP DAGING PEDAS MASAM

Sup Daging Pedas Masam
NAK TAHU TAK..

  • Maka bumi pun menjadi bulat

Ahli falsafah Greek, annximander adalah orang yang pertama sekali menafikan bumi ini rata. Lelaki itu mengemukakan pendapatnya bahawa bumi ini bulat, pada 560 Sebelum Masihi (SM). Ideanya itu mulanya ditentang oleh golongan cendikiawan dan agama, tapi akhirnya sedikit demi sedikit mendapat sokongan masyarakat.

Pada 350 SM, konsep bumi ini bulat semakin diterima umum, cuma mereka tidak mempunyai bukti yang kukuh. Bukti yang dicari-cari itu hanya menjelma 18 kurun selepas itu apabila Ferdinand de Magellan melengkapkan misi pelayarannya mengelilingi bumi. Pada ketika itu, tiada siapa lagi meragui bahawa bumi ini bulat, ia tidak ada penghujungnya.

Assalammualaikum, salam Jumaat yang mulia... Hari ni mat macam tak berapa nak selera lahh makan, tiba2 teringin sesuatu yang hangat, pedas dan masam.

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging,hiris nipis, cuci dan toskan
1 biji tomato, belah 8
2 inci halia tua, hiris halus
5 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 inci kunyit hidup, hiris halus
10 biji cili padi, diketuk
Garam secukup rasa
5 biji limau kasturi, ambil jusnya
Air secukupnya untuk merebus
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Hirisan cili padi, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan daging tadi bersama, halia, bawang putih, kunyit hidup dan cili padi ketuk. Tuang air secukupnya dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan renih hingga daging empuk.
  2. Tambah garam secukup rasa dan jus limau kasturi (yang ni bergantung pada tekak masing2, nak masam tambah lebih, nak kurang masam letak sikit yea). Kacau dan masukkan tomato, biar masak sekejap. Rasa dan jika ok matikan api.
  3. Senduk sup dalam bekas sesuai, tabur hirisan daun sup, bawang goreng dan hirisan cili padi. Hidangkan segera selagi hangat....

0 comments: