CARA MASAK TAUHU TELUR BERKUAH DAGING
Friday, January 7, 2011Posted by
Aman
0 Comments
TAUHU TELUR BERKUAH DAGING
- Air terjun tertinggi di dunia berada di Venezuela (Amerika Selatan) dengan ketinggian 988.31 meter. Ia 18 kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara di Kanada (Amerika Utara)
- Landak ialah haiwan yang mempunyai banyak duri di seluruh tubuhnya. Duri ini digunakan sebagai alat pertahanan diri ketika diserang musuh. Untuk pengetahuan anda, seekor landak dewasa mempunyai lebih 30,000 duri di seluruh tubuhnya.
- Lembu adalah haiwan yang buta warna. Oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya sama ada kain merah atau kuning.
- Seekor rama-rama merasa makanannya dengan menggunakan kaki dahulu sebelum mengunakan lidahnya. Ini kerana deria rasa rama-rama terlekat pada kakinya.
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan*
2 ulas bawang putih, tumbuk halus*
1 inci halia, tumbuk halus*(*digaul rata dan perap 25 minit)
1 cawan bunga kobis, dipotong sekuntum2
10 keping cendawan black fungus, potong, cuci dan toskan
2 tiub tauhu telur, potong 8 setiap tiub, goreng garing
2 biji cili merah, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris berbaji
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 camca besar sos tiram
3 camca besar kicap cair
1/2 camca teh cuka makan
Garam secukup rasa
1 liter air
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih hingga harum, masukkan daging, kacau rata dan masukkan sos tiram dan kicap air. Tuang air, kacau dan biar mendidih. Bila daging empuk, masukkan cendawan black fungus.
- Kecil kan api dan biar reneh seketika. Masukkan bunga kobis, cili merah dan juga sedikit garam jika perlu. Tambah cuka makan dan tauhu telur goreng tadi, kacaua perlahan dan masak sekejap.
- Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 yang lain. Selamat mencuba untuk semua.
Labels:
DAGING,
TAUHU TELUR BERKUAH DAGING
Subscribe to:
Post Comments (Atom)