RENDIDIH AYAM BERKICAP.

Friday, December 31, 2010
Posted by Aman

RENDIDIH AYAM BERKICAP.

Align Center
Rendidih Ayam Berkicap
Salam Khamis semua, tau2 dahh Khamis...cepat betul kan masa sekarang ni, plan makan apa tengah hari ni?... Hari ni mat nak share satu resipi "rendidih ayam berkicap"..kalau nak senang anggap je macam masak kicap.... Tapi ada sikitttt berbeza. Untuk resipi ni aku syorkan guna ayam "pencen", tapi kalau yang tak de banyak masa, boleh guna ayam muda... Kalau kita sebut rendidih, mesti lah teknik memasaknya makan masa yang agak lama, 1 - 2 jam macam tu kan. Kalau guna ayam muda, mungkin cepat tak sampai 30 minit kot, kalau lama sangat nanti habis semua lucut daging dari tulang...dah tak lawa, nampak terseksa beno pulak rupa ayam tu. Ok jom kita tengok resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg kepingan ayam (nak guna seekor pun boleh)
1 tin cendawan butang dalam tin, ditoskan dan belah 2
1 biji bawang besar, belah 8
Air secukupnya
40 g halia, hiris nipis
5 biji ulas bawang putih, dititik
1/3 cawan sos lada hitam*
2 camca besar sos tiram*
1/4 cawan kicap cair*
2 camca besar kicap pekat*
1 batang leek, dihiris halus dan rendam
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 camca teh gula
1 camca besar cuka makan
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan
contoh pokok "leek"

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit dan lemak2, cuci bersih dan toskan. Ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis halia, bawang putih, kayu manis dan bunga lawang hingga harum. Masukkan leek dan bahan bertanda (*). Kacau rata dan masukkan ayam. Gaul rata dan masak dengan api sederhana hingga ayam kecut.
  2. Tuang air secukupnya dan masukkan gula, cuka makan dan bawang besar. Gaul rata dan masak dengan api besar hingga mendidih. Perlahankan api dan renih hingga ayam 3/4 empuk. Masukkan cendawan tadi dan terus merenih hingga ayam empuk. Jika air kering dan ayam belum empuk, tambah sedikit lagi air, gunakan air panas...
  3. Rasa dan jika kurang masin, tambah sedikit lagi kicap cair (lauk ni tak guna garam). Masak untuk 3 - 4 minit lagi. Hidangkan dengan taburan hirisan daun bawang dan cili merah hiris. Sedap dimakan bersama nasi dan bubur.... Selamat mencuba...

0 comments: