CARA BUAT KEK AIS KRIM VANILLA.

Wednesday, January 5, 2011
Posted by Aman

KEK AIS KRIM VANILLA.

Kek Ais Krim Vanilla

NAK TAHU TAK...
Kata-kata terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii …ummatii” yang mengungkapkan betapa besar cinta Baginda kepada umatnya.

Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah Saw menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.

Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni, perang uhud.

Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur’an, sedangkan Maryam adalah satu2nya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur’an.

Mmmm..nyamannnyaa tekak bila kena kek ais kerim, dah lah tekak sakit macam tertelan kulit derian ni, tersangkut je dalam tekak. Tapi kan bila telan ais krim atau minum air ais...aduhhh, nyamannn bahhh....bila dah nyaman, terus menelan, last2 apa jawapannya...

BAHAN KEK SPONGE :-)
5 biji telur ayam gred "A"
100 g gula pasir
3 camca besar mentega, dicairkan
100 g tepung gandum*
Secubit baking powder*
1/2 camca besar susu tepung*
1/4 camca teh serbuk vanilin*(*gaul rata dan ayak)
Ais krim kegemaran secukupnya (mat guna perisa vanilla-raspberry)
Strawberry untuk hiasan
Sedikit puri strawberry untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KEK SPONGE :- Panaskan oven pada suhu 190C, lenser loyang kek bersaiz 14 inci x 14 inci x 1 inci dan alas dengan kertas minyak. Lenser juga kertas minyak tadi. Ketepikan
  2. Putar telur dengan gula pasir hingga kembang dan pekat seperti adunan kuih baulu. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Masukkan mentega cair dan gaul rata menggunakan spatula, gunakan kaedah kaup balik, hingga rata.
  3. Tuang dalam tin tadi dan bakar selama 25 minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan kek sepenuhnya atas jaringan.
  4. Sediakan tin kek berukuran 5 inci x 8 inci x 3 inci. Potong kek yang telah sejuk tadi pada kepada 3 bahagian yang sama saiz dengan tin kek (seperti dalam gambar). Alas tin tadi dengan plastik cling, biar lebih sedikit.
  5. Masukkan 1 keping kek dalam tin yang beralas tadi, kemaskan dan lapis dengan ais krim (kurang lebih 4 seduk nasi), ratakan dan lapis dengan sekeping kek, tekan sedikit supaya ais krim rata dan padat. Buat kaedah yang sama untuk lapisan satu lagi. Lapis dengan kek terakhir, tekan2 biar padat.
  6. Balut kek tadi dengan lebihan plastik cling, kemaskan dan simpan dalam freezer sekurang2nya 5 jam. Keluarkan kek, hias ikut kreativi masing sejurus sebelum dihidangkan segera. Simpan baki kek dalam freezer.

0 comments: