CARA MASAK AYAM PANGGANG TERIYAKI

Saturday, January 1, 2011
Posted by Aman

AYAM PANGGANG TERIYAKI

P1110700

Petang tadi mat buat "ayam teriyaki" , tapi sebab mat panggang ayam tu, jadi kita boh leer perkataan "panggang" ditengah2, jadilah "ayam panggang teriyaki. Kalau tengok kak rin buat, ayam dia sungguh jelita lagi anggun, kilat jee.Mat punya nampak macam kering, tapi isi dia moist dan tak keras u!!

Ayam Panggang Teriyaki

Jus2 lebihan perap tu, mat panaskan hingga pekat sikit dan sapu atas ayam semasa proses memanggang...Secara keseluruhan ayam ni memang sedap, sesuai sangat dimakan dengan nasi ayam....Betul kata kak rinn, memang kena makan dengan nasi ayam....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 kepingan besar ayam (mat guna bahagian peha)
3 camca besar madu
4 camca besar kicap manis
1 camca besar gula (mat guna brown sugar)
3 inci halia, diparut halus
3 ulas bawang putih, diparut halus
1 camca teh garam halus (atau secukup rasa)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibersihkan, kelar2. Kemudian gaul dengan semua bahan lain, simpan dalam peti sejuk dan biar perap 1 jam.
  2. Panaskan dapur arang, asingkan ayam dari bahan2 perap dan masak bahan perap tadi dengan api perlahan hingga sedikit pekat, tambah sedikit air jika perlu. Matikan api.
  3. Panggang ayam dan sapu bahan yang dimasak pekat tadi atas ayam. Panggang hingga masak. Nak tau masak, hiris sikit bahagian paling tebal pada peha ayam tadi, kalau air yang keluar jernih dan daging kelihatan putih, tanda ayam dah masak.

0 comments: