CARA MASAK DAGING TOMATO PANDAN

Friday, January 7, 2011
Posted by Aman

DAGING TOMATO PANDAN

Daging Tomato Pandan
NAK TAU TAK.....
  • Nama Kanggaru terhasil bila beberapa pengembara kulit putih ternampak seekor binatang yang terlompat-lompat di hadapan mereka. Bila ditanya pada Orang Asli di sana, apa nama binatang itu, Orang Asli tersebut menjawab 'Kanguru' (bermaksud 'tak tahu'). Kanggaru tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ini kerana ekornya berfungsi sebagai tongkat semasa melompat.

  • Nama tempat paling singkat di dunia terdapat di Francis dan Jepun. Tempat tersebut hanya menggunakan satu huruf sahaja iaitu 'Y' dan 'O'. Tetapi tahukah anda, nama terpanjang didunia pula di sebuah bukit di New Zealand iaitu 'Taumataw hakatangi ihangakoau auotama teaturipukak pikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu'.


BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan*
1 inci halia, tumbuk lumat*
3 ulas bawang putih, tumbuk lumat*(*disatukan dan perap 30 minit)
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang serai, dititik
1 cawan air
1/2 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji tomato merah
4 biji cili merah
2 biji buah keras
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1/2 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca teh jintan kasar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus, serai, daun limau purut dan daun pandan hingga harum dan terbit minyak. Masukkan daging, gaul rata dan biar daging kecut sedikit.
  2. Tuang air, gaul dan biar mendidih. Kecilkan api dan masak hingga daging lembut dan kuah pekat. Masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Masak sekejap lagi. Kalau nak kering biarkan lagi sekejap. Boleh diangkat dan hidangkan bersama nasi mentega kismis atau nasi putih biasa.

0 comments: