CARA MASAK SAMBAL DAGING BERSERAI

Wednesday, January 5, 2011
Posted by Aman

SAMBAL DAGING BERSERAI

Sambal Daging Berserai
nak tahu tak...Pemeluk agama Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.
Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari ( Stats 1997).

. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11

. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua2nya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bum....


untuk lebih mudah guna daging yang telah direbus lembut dan tambah dengan 1/2 cawan stok air rebusannya, nak letak santan pun ok, tapi mat tak letak sebab daging tu sendiri dan berlemak. Ok jom kita tengok resipi mudah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram daging, hiris, cuci dan toskan*
1 inci halia, hiris nipis*
3 ulas bawang putih, dititik*(*direbus empuk)
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 batang serai, dititik
1/2 cawan jus asam jawa
2 camca besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging ditoskan, asingkan 1/2 cawan stok air rebusan tadi. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang putih dan serai, tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan cili sos, tumis hingga cili garing.
  2. Masukkan daging dan gaul rata. Tuang jus asam jawa dan air rebusan daging tadi. Tambah garam secukup rasa dan gula. Kacau dan biar mendidih hingga pekat dan sedikit kering. Masukkan bawang besar, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai.

0 comments: