CARA MASAK TAUHU KUKUS BEBOLA AYAM

Saturday, January 1, 2011
Posted by Aman

TAUHU KUKUS BEBOLA AYAM

Tauhu Bebola Ayam Kukus
Salam untuk semua, dah siap2 untuk berbuka puasa ke?..Hari ni mat masukkan satu resipi mudah dan sihat, ini panas dari kukusan lagi yea, baru sat tadi masak. Kalau nak sedap lagi kukus dekat2 masa nak berbuka, tapi kang kalau buat macam tu, alamatnya tak sempat lah nak tangkap gambar. Mat masak awal sikit untuk memudahkan sessi penggambaran, maklumlah kita guna kamera biasa saja, lainlah DSLR...tul tak....

P1140811
Seingat mat lah resipi ni mirip satu resipi di rancangan masak2 di satu siaran tv singapura (TCS 8, siaran tv cina)..Nampak menarik sangat, jadi mat ubah suailah ikut kesusaian kita umat islam. Kalau ada masak boleh lah mencuba yeaa, tak susah yang penting mesti ada sikit sifat kesabaran dalam diri kita...Ok untuk semua, selamat berbuka puasa yeaa....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 tiub tahu lembut (atau 3 keping tauhu putih biasa)
1 camca besar sos tiram
1/4 camca teh serbuk lada hitam
Beberapa titik minyak bijan

BAHAN-BAHAN "A" :-)
100 g daging ayam kisar (mat guna jenama "ramly")
1/2 inci halia*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus
1/2 camca teh serbuk ketumbar
1/2 biji bawang besar, dicincang halus
1 pokok daun bawang, hiris halus2
2 camca besar tepung jagung
Sedikit garam
1/2 camca teh serbuk lada sulah



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tauhu dipotong kepada 12 bahagian sama besar (kalau guna tauhu biasa, guna 3 ketul dan potong 4 bahagian bagi setiap 1 keping tauhu). Kemudian korek sedikit bahagian tengah tauhu tadi dengan alat pengorek seperti dalam gambar. Jangan korek dalam sangat, anggaran 1/3 bahagian sahaja, buat hingga siap dan ketepikan (berhati2 semasa mengorek, takut pecah). Sementara itu panaskan kukusan.
  2. Satukan semua bahan2 "A" (boleh campur sekali lebihan tauhu yang kita korek tadi) dan kacau hingga sebati, terus mengacau pada satu arah sahaja sehingga mendapat adunan yang pejal. Bahagikan adunan kepada 12 bahagian dan bulat2kan menjadi bebola. Isi dalam setiap tauhu tadi. Kukus atas air mendidih selama 10 - 12 minit.
  3. Angkat bekas yang berisi tauhu tadi dan perlahan2 ceduk keluar stok (air) yang terhasil semasa mengukus tadi. Masukkan stok ke dalam periuk kecil dan satukan sos tiram, minyak bijan dan lada hitam serbuk, didihkan dengan api perlahan dan kacau sehingga pekat. Tuang sos tadi atas tauhu kukus berisi bebola ayam sebelum dihidangkan......
CATATAN MAT GEBU :- Selepas berbuka tadi mat makan resipi yang mat buat ni, pada tekak ku ini lah kan, daging ayam tu rasa agak "kurang", disyorkan guna daging ayam segar kemudian cincang halus (yg tu jenis kisar, jadi bila makan rasa terlampau "halus"). Dan perlu tambah sedikit garam dalam cara membuat "no. 3", secara keseluruhan tidak mengecewakan ...sekian wassalam...

0 comments: