CARA BUAT KEK FLAN BUAH-BUAHAN.

Wednesday, January 5, 2011
Posted by Aman

KEK FLAN BUAH-BUAHAN.

P1240291


P1240292

nak tahu tak....Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.

Jika agama lain mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeda satu dengan lainnya, maka Al Qur’an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya:

Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet mars dan masih berlanjutan. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.(Sumber : http://www.indomp3z.us/archive/index.php/t-88731.html)

BAHAN-BAHAN KEK :-)
100 gram tepung optima (instant cake flour)
2 biji telur gred A
25 gram mentega, cair dan sejukkan
25 ml susu segar (mat guna 15 ml susu sejat + 10 ml air)
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
250 ml susu sejat IDEAL
150 ml air
5 camca besar gula (atau secukup rasa)
2 biji kuning telur
1/3 camca teh konnyaku jelly powder
4 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla

BAHAN HIASAN :-)
Anggur tanpa biji secukupnya, cuci, tos dan belah 2
Strawberry secukupnya, lap dengan kain lembap, dan belah 2
1 biji buah kiwi, kupas, belah 2 dan hiris nipis
Croquant secukupnya untuk hiasan
Piping jel untuk disapu atas buahan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KEK :- Satukan semua bahan untuk kek dalam mangkuk pengadun, kecuali mentega cair. Putar hingga sebati, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan pekat. Masukkan mentega gaul rata menggunakan spatula. Tuang dalam tin spring form pan berukuran 8 inci yang telah dilenser dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 - 30 minit, berganting pada oven masing2. Bila kek masak, keluar kan dari tin, buang kertas alasnya dan sejukkan atas jaringan.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard dalam periuk, kecuali esen vanilla. Kacau dengan whisk hingga semua rata. Tenggekkan atas api sederhana dan kacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Matikan api, masukkan esen vanilla dan kacau hingga sebati. Ketepikan sebentar.
  3. UNTUK KEK FLAN BUAH2AN :- Kek tadi dimasukkan kembali ke dalam tin spring form, kemudian tuang bahan kastard tadi sehingga habis. Ratakan, biar hingga hilang wap panas, kemudian simpan dalam peti sejuk selama 1 - 2 jam atau hingga kastard mengeras. Perlahan2 longgarkan kek tadi dan keluarkan dari acuan. Alih kek tadi atas papan kek, tekap tepi2nya dengan "croquant", hingga memenuhi tepi kek. Kemaskan. Kemudian susun buah2an tadi atas kek mengikut kreativiti masing2. Sapu permukaan buah2an tadi dengan piping jel (campur sedikit air dalam piping jel, kacau rata), untuk mengilatkannya. Boleh dihidangkan...

0 comments: