CARA MASAK ROSEMARY LEMON HONEY CHICKEN.....

Friday, December 31, 2010
Posted by Aman

ROSEMARY LEMON HONEY CHICKEN.....

rosemary lemon honey chicken
Salam semua, waaaa..penatlah secara tiba-tiba...ke sebab bangun tidur awal..hmm alasan lah tu nak jadi malas..opss, kata bonda, tak bess sebut malas, kalau sebut kurang rajin tu sedap sikit didengar, kerana ada terselit perkataan "rajin". Ok ni kali nak share satu resipi yang dah lama sangat nak buat, tapi belum sampai seru, lemon dah berkali2 beli dan akhirnya lari dari niat asal, semuanya menjadi air minuman atau pun dicampur dalam teh. Dengan tekat yang berkobar2, mat laksanakan juga keinginan ini.. Maka hari ni terhasillah Rosemary Lemon Honey Chicken..hmmm i loveee honey...kalau dalam bahasa melayu nya apa?..cuba teka?...waa akak tu cepat kan main jawab "MADU"..haha seramm yeaa...relekss...fikir secara positif..resipi asal dari blog "Kak Ina KL" yang begitu aktif bersama Nuffnang...minta maaf yea kak ina, mat gebu telah menderhaka sedikit resipi ni...apa2 pun ucapan terima kasih untuk Kak Ina KL...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, kerat dua, cuci bersih dan toskan
1/2 biji lemon, perah jusnya
1 1/2 camca besar herba rosemary
4 ulas bawang putih, tumbuk halus
1 camca teh parutan kulit lemon (bahagian kuning sahaja)
3 camca besar madu
2 camca besar minyak zaitun (boleh guna minyak masak biasa)
Garam secukup rasa
1/2 camca besar lada hitam biji
1 biji bawang besar, belah 6

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam tadi dicucuk dengan garfu, ketepikan. Kisar kering lada hitam dengan 1 camca besar herba rosemary kering hingga hancur, tapi tidak terlalu halus. Ketepikan.
  2. Tumbuk lumat bawang putih. Satukan semua bahan lain kecuali bawang dan garam. Kacau rata dan masukkkan lada hitam + rosemary kisar tadi, kacau rata menjadi pes. Tambah garam secukup rasa.
  3. Lumur bahan2 tadi pada keseluruhan ayam hingga rata. Perap 2 - 3 jam atau semalaman dalam peti sejuk. Letak ayam tadi dalam aluminum foil bersama bawang besar belah dan taburkan bako rosemary atas ayam. Bunkus kemas. (mat buat 2 bungkusan)
  4. Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 50 minit - 1 jam. 10 minit terakhir, buka bungkusan aluminum dan sambung bakar untuk mendapat kulit yang keemasan.. Hidangkan..

0 comments: