CARA MASAK SUP AYAM KUKUS.....RESIPI SIHAT.

Friday, December 31, 2010
Posted by Aman

SUP AYAM KUKUS.....RESIPI SIHAT.

sup ayam kukus
Salam semua, selamat pagi...Yelah kan, selalu mat gebu kalau masak mesti ada benda2 yang "kaya-raya", jadi ni hari nak share satu resipi sihat, kukus saja, lepas tu ada unsur2 kesihatan, boleh membuang angin dalam badan serta menghangatkan. Resipi senang, cuma yang perlu, kena perap ayam tu sekurang2nya 2 jam. Kalau semalaman lagi bagus. Sebab dikukus, ia tak guna air, kuah tu terhasil dari wap air kukusan berserta stok ayam itu sendiri. Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama nasi dan bubur. Boleh lah mencuba yea kalau ada waktu kelapangan. Jumpa di lain N3, insya Allah, dengan izin tuhan...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam sederhana besar, anggaran 1 kg
Garam secukup rasa
Secubit gula
1 camca teh madu
1 pokok kecik daun ketumbar, hiris
2 batang serai, hiris*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 camca besar lada hitam biji*
1 camca besar ketumbar*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibersihkan, kerat 2, cucuk dengan garfu. Letak dalam satu bekas. Masukkan bahan kisar halus, madu, garam secukup rasa dan hirisan daun ketumbar, gaul rata pada semua bahagian ayam. Perap dalam peti sejuk selama 2-3 jam atau semalaman.
  2. Panaskan kukusan, letak jaring atad mangkuk tahan panas. Letak ayam tadi atas jaringan. Sapu baki2 bahan perap atas ayam. Kukus selama 35 minit. Periksa ayam, jika isi kelihatan putih, tanda ayam sudah masak.
  3. Keluarkan ayam dan potong kepada saiz yang anda suka. Letak dalam bekas. Stok ayam yang terhasil tadi, ditapis dan tuang atas ayam tadi. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan...selamat mencuba.

Labels: ,

0 comments: