BLACKPEPPER BEEF WITH CAPSICUM

Saturday, January 8, 2011
Posted by Aman

BLACKPEPPER BEEF WITH CAPSICUM

Blackpepper Beef With Capsicum
Assalammualaikum untuk semua...hmmm
  • Lebih kurang 98 peratus perisian komputer di China adalah tiruan.
  • Disebabkan oleh faktor putaran bumi, sesuatu objek akan bergerak jauh jika dibaling ke sebelah barat.
  • Gerard Hommel sudah enam kali mendaki Gunung Everest. Baginya ketinggian, terjatuh, kesejukan dan cedera adalah masalah kecil. Gerard hanya menyedari hakikat bahayanya jatuh pada Oktober 1993, apabila beliau terjatuh tangga semasa hendak menukar mentol lampu dapur di rumahnya, di Nantes, Perancis. Gerard mati dalam kejadian itu selepas tengkorak kepalanya retak akibat terhantuk pada sinki.


BAHAN-BAHANNYA :-)
500 daging batang pinang, hiris , cuci dan toskan
2 inci halia*
1 camca besar penuh lada hitam biji*
3 ulas bawang putih*(*ditumbuk lumat)
3 camca besar kicap cair
1 camca besar sos tiram
1/2 biji red capsicum, hiris kasar
1/2 biji yellow capsicum, hiris kasar
1/2 biji green capsicum, hiris kasar
2 biji bawang besar hiris berbaji
2 batang leek, potong kasar
1/2 cawan air
1/2 camca besar gula
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging tadi diperap bersama bahan tumbuk, kicap cair dan sos tiram selama 30 minit. Simpan dalam peti sejuk.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan leek, kacau dan tuang daging perap bersama jus2nya sekali. Kacau rata dan kecilkan api, tuang air dan masak hingga daging lembut.
  3. Masukkan capsicum dan bawang besar, gaul rata dan tambah gula. Masak hingga capsicum sedikit layu. Rasa dan jika kurang masin boleh tambak sedikit lagi kicap cair. Biar pekat sedikit. Angkat dan tabur dengan hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan....

0 comments: