CARA MASAK DAGING MASAK MERAH BERNENAS

Saturday, January 8, 2011
Posted by Aman

DAGING MASAK MERAH BERNENAS

Daging Masak Merah Bernenas
Assalammualaikum semua, selamat petang, menu apa makan tengah hari tadi?...esipi mudah dan ringkas ini..

NAK TAHU TAK...?
  • Semuanya pada hari Jumaat!... Geaorge Washington lahir pada hari Jumaat, dipilih menjadi ketua komander tentera pada hari Jumaat, menang kerusi Yorktown pada hari Jumaat, dipilih menjadi Presiden Amerika pada hari Jumaat, melantik menteri kabinetnya yang pertama, Alexander Hamilton, pada hari Jumaat, meletakkan batu asas pembinaan White House - kediaman rasmi Presiden AS pada hari Jumaat dan menyempurnakan penggal terakhir presidennya pada hari Jumaat. Semuanya Jumaat!!!
  • Seorang sahabat Julius Caesar menasihatkan beliau supaya tidak berjalan di tengah ramai tanpa senjata atau pengawal. Begini jawapan Caesar, " Orang yang takutkan mati akan sentiasa rasa hidupnya terseksa. Aku juga akan mati, tapi sekali saja."


BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
1 putih telur*
1/2 camca teh lada sulah*(*disatukan dan kacau rata)
2 camca besar tepung jagung
1 cawan isi nenas, didadu
1 batang leek, dikerat2 dan rendam
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris berbaji
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1/2 cawan sos cili "Thai"
1/4 cawan sos tomato
2 titik pewarna merah
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dilap kering dengan paper towel, gaul dengan telur putih + lada sulah, kemudian golek2kan dengan tepung jagung, buat hingga habis dan goreng hingga kuning keemasan, angkat dah toskan.
  2. Dalam kuali yang sama, tinggal kan kurang lebih 2 camca besar minyak. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan leek (toskan dahulu), sos cili "Thai dan sos tomato. Kacau rata dan jika perlu tambah sedikit air.
  3. Masukkan nenas, daging dan pewarna merah, kacau rata, masukkan cili hiris dan bawang besar. Biar masak sekejap dan tambah garam secukup rasa dan jika suka manis sedikit boleh tambah secubit gula.
  4. Masak hingga pekat dan hampir kering, boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi panas......

0 comments: