CARA MASAK DAGING KUNYIT BERKOBIS

Saturday, January 8, 2011
Posted by Aman

DAGING KUNYIT BERKOBIS.

Daging Kunyit Berkobis
Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk semua..tuuu diaaa...

  • Penulis England, Oscar Wilde terkenal sebagai orang yang suka meninggi diri. Semasa bekunjung ke Amerika, dia telah ditanya oleh pegawai kastam yang memeriksa barang-barang yang dibawanya ke negara itu, "Ada apa-apa lagi yang encik nak isytiharkan?" "Tak ada," jawab Oscar Wilde, "kecuali kebijaksaanku ini."

Suatu hari Abraham Lincoln, Presiden Amerika yang ke-16 ditanya oleh sahabatnya; "Semasa mengunjungi Air Terjun Niagara pada kali pertama, apa yang paling mengagumkan tuan?" Jawab Abraham Lincoln, "Benda yang paling saya kagum ialah dari mana datangnya air yang banyak itu?"

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
1/2 inci halia muda*
3 ulas bawang putih*
2 inci kunyit hidup*(*ditumbuk halus)
1/2 camca teh garam
Secubit gula
1 biji bawang besar, dihiris
1 biji cili merah, hiris serong
1/4 biji kobis bulat
1/3 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging digaul dengan bahan tumbuk halus hingga rata. Perap sekurang2nya 2 jam dalam peti sejuk. Kobis dihiris kasar, cuci dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar hingga layu, masukkan daging tadi dan masak hingga daging berubah warna. Tuang air dan masak hingga daging lembut.
  3. Tambah sayur kobis dan cili merah hiris, kacau rata dan biar hingga kobis lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam, kacau rata, angkat dan hidangkan panas bersama nasi.....

0 comments: