CARA MASAK OH AYAM "OH"

Saturday, January 1, 2011
Posted by Aman

AYAM "OH"

Ayam "Oh"
Salam untuk semua, selamat malam....hari ni terrlambat masukkan N3, sebenarnya lepas masak pagi tadi, mat pi lah melawat sedara-mara waris2 kami yang duduk menetap di Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor. Mereka2 ni semua warga emas tapi alhamdulillah sihat dan masih bertenaga. Bercerita sedikit pasal kampung Lukut tu, ianya dibuka sekitar tahun 1810 (kurang lebih) oleh waris2 terdahulu sedara-mara mat, dan tanah di Lukut tu cuma boleh bertahan selama 100 tahun sahaja untuk bertanam padi, lepas 100 tahun, tanah dah tak subur. Di situ juga pernah dijadikan lokasi filem "Semerah Padi" lakonan allahyarham P.Ramlee....Eh, ni blog masak2 kan, pesal jadi blog sejarah pulak....Kalau MamaFami baca, sah2 dia kena ambik ubat darah tinggi on the spot, sebab dia mula pening dan nak pitam...hahahaha...

Ayam "Oh"
Ok..ok..berbalik pada resipi hari ni, ada ke yang terkejut bila tengok nama resipi "Ayam "Oh". Sebenarnya ini satu resipi yang begitu sinonim dengan kaum peranakan baba nyonya Melaka. Ia menggunakan ayam yang direnih bersama pes taucho, kicap, halia dan lada sulah. Kentang dicampur sebagai pelengkap...Luu masak malam, esok try makan...lagi sedapp. Makan dengan nasi atau bubur pun sedappp...kira banyak ngamm......kalau lepey masak, luu kasi satu pantun, lagii ngamm....

OH! MANA BULAN..OH! MANA BINTANG,
SEMBUNYI MALU DI BALIK AWAN,
AYAM "OH" MASAKNYA SENANG,
SEKALI LU MAKAN TERUS TERTAWAN...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g ayam, potong kepingan
2 biji kentang (saiz sederhana besar)
1 3/4 camca besar taucu
3 ulas bawang putih, tumbuk lumat
30 g halia, hiris nipis2
3/4 camca besar kicap pekat
1 camca besar kicap cair (atau secukupnya)
1 camca teh lada putih biji, tumbuk kasar (mat guna lada hitam)
1 1/2 liter air (atau secukupnya)
1/2 camca teh gula
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan halus cili merah, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah lapan setiap biji dan rendam. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis halia dan bawang putih tumbuk hingga wangi, masukkan taucu dan tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam dan kentang (toskan dahulu), gaul rata dan biar ayam kecut. Tambah air dan lada putih, kacau dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih hingga kentang empuk.
  3. Tambah kicap pekat, gula dan kicap cair secukup rasa. Masak lagi sekejap, dan rasa, jika kurang masin tambah sedikit lagi kicap cair. Hidangkan dengan menghias dengan hirisan daun bawang dan cili merah.....kalau dibiar kan 4 - 5 jam, rasa masakan akan lagi sedap....

Labels: ,

0 comments: