CARA MASAK SAUSAGE ala TERIYAKI...KUANTAN MARI!!.
Monday, January 3, 2011Posted by
Aman
0 Comments
SAUSAGE ala TERIYAKI...KUANTAN MARI!!.
BAHAN-BAHANNYA :-)
8 batang sosej ayamas, kerat 3 setiap satu
3 ulas bawang putih, cincang halus
3 camca besar sos cili
2 camca besar sos tomato
2 camca besar kicap ABC Heinz
1 camca besar sos tiram
2 camca teh cuka makan
Gula secukup rasa
Garam jika perlu
Sedikit minyak
1/2 batang leek, dikerat kasar
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan sosej dan goreng sebentar.
- Masukkan kesemua jenis sos, cuka dan gula. Masak hingga pekat dan kering. Tambah leek dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam (mat tak letak garam).
- Alih dalam pinggan sesuai, dan hias dengan taburan daun bawang dan cili merah. Hidangkan bersama nasi atau roti.
Labels:
DAGING,
SAUSAGE ala TERIYAKI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)