ASAM PEDAS AYAM KERISIK

Saturday, January 1, 2011
Posted by Aman

ASAM PEDAS AYAM KERISIK

Asam Pedas Ayam Kerisik
Salam semua, penutup N3 malam ni, mat sajikan dengan masakan asam pedas ayam kerisik....Sah2 leer ada yang kata, budak mat ni tak sudah2 dengan asam pedas...apa nak buat kan ai dah tulis dalam satu tag dulu, antara lauk kegemaran mat ialah asam pedas, jadi kita masak leer, koo orang nak ke masak, lauk yang koo orang tak suka makan?...sila jawab dengan jujur, tak de talian hayat yea.. Kali ni mat saja guna ayam, dan sebagai bahan sampingan, mat letak sawi jeruk. Yang tu optional, tak paksa letak...boleh ganti dengan apa je yang anda suka, terung, bendi, nenas atau apa2 jelah yang dirasa sesuai. Kerisik tu saja mat letak, ni kira ala2 asam pedas melaka. Cuma yang frust sikit, ketiadaan stok daun kesom dan bunga kantan, kalau anda buat, jangan lupa 2 benda tadi, baru lah "kick".....

BAHAN-BAHANNYA :-)
6-7 kepingan ayam, cuci bersih dan toskan
1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar (boleh kurangkan sikit)
2 batang serai, dititik
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 genggam daun kesom
1 camca besar kerisik
4 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
3 kelopak sawi jeruk, hiris dan rendam
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3/4 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1 camca teh lada hitam
1/2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai, bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan bahan tumbuk halus dan masak sekejap, tambah cili kisar dan masak hingga terbit minyak, gunakan api sederhana, kacau selalu.
  2. Masukkan ayam dan daun kesom, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya dan masukkan sawi jeruk (tos dan perah), kacau dan biar mendidih. Tambah jus asam jawa, bunga kantan, kerisik, garam secukup rasa dan sedikit gula.
  3. Biar mendididh 4 - 5 minit lagi hingga ayam masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat....hmmm berpeluh.......

0 comments: