CARA MASAK LAGI LAGI SUP AYAM

Saturday, January 1, 2011
Posted by Aman

LAGI LAGI SUP AYAM

Sup Ayam
Salam Selasa semua, hari ni pagi2 mat dah letak N3...hehehehe, biasa lah pakcik kan bangun awal gitu...orang gaji lah katakannnn....ok exceli kan sup ayam ni masak semalam, tapi oleh kerana sebab2 tertentu, terrrpaksa dimasukkan hari ni. Kalau tengok sup ayam, mesti dah ramai tau, kat blog mat ni dah berpuluh ratus kali letak resipi sup ayam...ada yang senang, mudah dan ada tu nampak macam complicated, koo orang pepaham jelah dah perangai pak tua mu ini, tak pernah tetap dengan satu2 resipi, bak kata pepatah, sekali air bah sekali pantai berubah...lain apek lain teko dia..hahaha, tuu dia, pepatah baru!...Rasa2 perlu tak nak letak resipi?....Letak je lah kan, nanti tak berseri, macam ada kepala, tak de body..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, anggaran 1.2 kg
3 - 4 biji kentang
1 kiub ayam "maggi (optional)
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat 3
1 camca besar bawang goreng
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 camca besar ketumbar
3/4 camca teh jintan halus
3/4 camca teh jintan kasar
1 1/2 camca teh lada hitam biji
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dipotong 16 bahagian, cuci bersih, toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji (bergantung pada saiz kentang), cuci dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan goreng hingga harum, tambah lengkuas dan bahan kisar halus. Masak hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan kentang (toskan dahulu), gaul rata dan biar ayam kecut.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 2+ liter), masukkan daun sup yang dikerat 3 dan 1 camca besar bawang goreng. Tambah sedikit garam dan biar mendidih. Kemudian kecilkan api dan biar masak perlahan. Tambah kiub ayam, jika guna. Kacau rata.
  4. Bila kentang empuk dan ayam masak, tambah garam secukup rasa. Boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi, ketupat, mee hoon, mee kuning dan roti..ikut suka hati koo orang yeaa....

0 comments: