LEMAK PEDAS REBUNG dan DAGING

Monday, January 3, 2011
Posted by Aman

LEMAK PEDAS REBUNG & DAGING.,

P1240543
Salam tengah hari semua, dah makan ke?...haa.. hari sape yang tak pernah makan masak kan kampung.. ashik kenal makan omputih,,... ni nak habq mai kat hampa..sedap dan tak masin dan bau dia pun ok lahh, tak menyengat macam rebung jeruk biasa tu. Kalau kat belah utara depa panggil rebung madu dan nak masak dia pun ada teknik menghiris, dia bukan macam rebung buluh biasa ni, kalau nak tengok style macam mana perlu di buat, boleh klik sini...Sebelum mat tulis resipi, mat nak bagi tau sesuatu laa..benda ni rasanya kita "perlu" tau...anda nak tau jugak?..ok sila klik sini...... (terima kasih "Ku Jie" atas informasi berguna itu)...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram rebung madu, dikerat dan hiris tapi tak putus, cuci dan toskan
200 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
4 batang serai, dititik
3 keping asam gelugor
300 ml pati santan
1 liter santan cair
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1/4 cawan cili padi kampung, hijau
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/4 inci halia
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebung tadi, jika yang segar celur hingga lembut, toskan. Dalam periuk masukkan daging, serai titik dan bahan kisar halus. Masak hingga daging kecut. Tuang santan cair dan kacau. Bila mendidih, masukkan rebung.
  2. Masak hingga daging lembut dan rebung empuk. Masukkan asam gelugor dan juga pati santan. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala. Sesiapa nak guna serbuk perasa pun ok.
  3. Bila kuah kelihatan elok dan rasa nya cukup, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman...

0 comments: