CARA MASAK KUE TEOW SUP AYAM
Friday, December 31, 2010Posted by
Aman
0 Comments
KUE TEOW SUP AYAM "DARA"......PERGH!!.
Amacam kue teow sup tu, nampak sedap tak?..Faham2 kalau ada yang geleng2 pala, kata "biasa2" jee.,,haha, releks, mat gebu tak marah, sebab memang mat suka masak yang biasa, kalau yang luar biasa ingat ramai ke nak mencuba...harammm. Kalau yang duduk2 kampung macam kawasan kampung mat yang terpencil ni, sah2 ada yang tanya, "apo bondo ni yang oii!". Sebenarnya kan kue teow tu hanya alternatif siaa, bagi mereka yang nak guna mee hoon atau mee kuning atau pun makaroni, silakan tak de hal sendiri nak santap, buat apa ikut citarasa orang lain, janji anda, suami/isteri dan anak2 anda suka sudahh lahhh...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung jenis "dara"
3 biji kentang
1 pokok daun sup
1 camca besar bawang goreng
1/2 inci lengkuas, diketuk
Air secukupnya
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia tua
1 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan halus (jintan manis)
1/2 camca teh jintan kasar (jintan putih)
1/2 camca besar lada hitam biji
BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
BAHAN LAIN (SAMPINGAN) :-)
Kue tewo/mee kuning/mee hoon secukupnya
Hirisan daun bawang
Hirsan daun sup
Bawang goreng
Taughe, dicelur sedikit
Tauhu, goreng dan hiris
Cili kicap (tumbuk halus cili padi 15 - 20 biji + bawang putih 1 -2 ulas + kicap manis)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ayam dikerat ikut suka, saiz sederhana, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji. rendam. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga wangi, masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masuk ayam dan gaul rata. Tambah daun sup dan masak ayam hingga kecut. Tuang air secukupnya. Biar mendidih.
- Masukkan bawang goreng dan kentang. Sederhana kan api dan masak hingga ayam empuk dan kentang lembut. Tambah garam secukup rasa dan jika perlu tambah air sedikit lagi sebagai kuah. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
- Letak mee dalam mangkuk sesuai, tuang sup ayam bersama isi2nya. Letak bahan2 sampingan dan hidangkan bersama cili kicap sebagai penyedap rasa...hmmm, penggsannn!!
Labels:
Ayam,
KUE TEOW SUP AYAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)