Gelanggang Raja Lawak Musim5 Minggu 2 PART 1
Friday, January 14, 2011Posted by
Aman
0 Comments
PART 1
PART 2
PART 3
PART 4
PART 5
PART 6
PART 7
PART 8
PART 9
PART 10
PART 11
PART 12
Labels:
RJ5 MINGGU 2
Gelanggang Raja Lawak Musim5 Minggu 1 Part 8 (Akhir)
Wednesday, January 12, 2011Posted by
Aman
Labels:
RAJA LAWAK MUSIM 5 PART 8
Bubur Ayam - Rice Porridge with chicken
Tuesday, January 11, 2011Posted by
Aman
Labels:
VIDEO MASAKAN INDONESIA
CARA MASAK KORMAK BADAM
Saturday, January 8, 2011Posted by
Aman
KORMAK BADAM

orang2 Johor, boleh lah singgah di blog Tulip Kasih....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging batang pinang (resipi asal guna ayam)
1/2 cawan susu cair + perahan 1/2 biji limau nipis = jadikan tairu
2 camca besar minyak sapi
1 cawan susu cair
1 biji bawang besar, dibelah empat
5 biji kentang sederhana besar
3 tangkai daun pudina
3 pelepah daun sedari
1 camca besar air mawar
10 biji kacang badam
2 camca besar ketumbar*
1/2 camca besar jintan manis*
1/2 camca teh jintan putih*
1/2 camca teh sajira (jika ada....mat tak letak sebab tak de)*
1/2 camca besar lada putih biji*
5 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
2 inci halia*
1/2 biji pala*(*dikisar halus)
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Garam dan gula secukuprasa
CARA MEMBUATNYA :-)
- Daging dipotong kiub sederhana besar, cucuk dengan garfu, cuci dan toskan. Badam direndam dalam air panas, kemudian, kupas kulitnya dan tumbuk lumat. Kentang dikupas dan belah 2, rendam.
- Masukkan daging tadi dalam satu bekas, campur dengan bahan kisar halus dan badam tumbuk, gaul rata dan perap 10 minit (mat perap 30 minit). Tuang dalam periuk atau kuali dan masukkan susu cair, minyak sapi, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, garam, gula dan air secukupnya (anggaran 1 1/2 cawan). Biar mendidih.
- Bila daging 1/2 empuk, masukkan kentang dan tairu, belahan bawang besar, daun pudina dan daun saderi, masak dengan api sederhana hingga kentang lembut dan kuah pekat.
- Akhir sekali masukkan air mawar, kacau rata dan matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi beriani atau pun sedap dimakan bersama roti benggali!!....
Labels:
DAGING,
KORMAK BADAM
CARA MASAK DAGING LEMAK CILI PADI
Posted by
Aman
DAGING LEMAK CILI PADI..

TAK TAHU KE..?
- Runtuhan Kota Atlantis Sudah Ditemui?
Beberapa tahun sebelum itu, para penyelam pernah menemui struktur batu-batu ganjil di luar pesisir kepulauan Bimini, dekat Bahamas. Penemuan ini mengemparkan dunia dan ramai beranggapan ia merupakan puing-puing Kota Atlantis yang dicari-cari sejak sekalian lama. Batu-batu itu tersusun rapi membentuk tembok panjang.
Berlainan dengan tanggapan sejarawan, pakar geologi mengatakan struktur itu bukanlah aneh. Ia boleh terbentuk melalui proses semula jadi, cuma jarang berlaku. Mana satu yang betul?
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging lembu, mat guna jenis batang pinang
6 biji kentang sederhana besar, kupas, belah 4 dan rendam
1 liter santan cair
300 ml pati santan
4 batang serai, dititik
3 - 4 keping asam gelugor
Garam dan secubit gula
1/2 cawan cili padi (nak peidas boleh tambah lagi, tapi kalau pingsan sendiri tanggung!!!)*
1/2 inci kunyit hidup tua*
1 inci halia*(*ditumbuk halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Daging dihiris lebar, cuci bersih dan toskan. Masukkan dalam periuk bersama serai titik, dan bahan tumbuk halus. Kacau rata dan jerang atas api sederhana hingga daging kecut. Tuang santan cair dan bila mendidih, masukkan kentang.
- Masak hingga kentang lembut, tambah asam gelugor, garam dan secubit gula sebagai pemangkin (kalau perlu tambah air sikit lagi). Tuang santan pekat, kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih, sambil dikacau sekali sekala.
- Rasa dan jika ok boleh matikan api..Hidang kan segera bersama nasi hangat dan lauk2 lain yang anda gemari....
Labels:
DAGING,
DAGING LEMAK CILI PADI
CARA MASAK BISTIK DAGING
Posted by
Aman
BISTIK DAGING.

TAK TAHU KE..?
- Siapakah yang menciptakan mancis?
John Walker, ahli kimia yang tinggal di Stockton-on-tees, England dipercayai orang yang pertama mencipta mancis batang seperti yang ada sekarang. Dia tidak pernah mendedahkan komposisi bahan kimia yang digunakannya tapi mula menjual batang-batang mancis itu di kedainya pada 7 April 1827. Harganya satu syiling untuk 50 batang dan dua pens bagi kotaknya. Untuk memercikkan api, seseorang itu perlu mencarik batang mancis pada kertas pasir yang dilipat.
Mancis dicipta oleh tahanan politik bernama Ludwig Kamerer, yang dipenjarakan dalam sebuah sel gelap dalam tanah di Istana Hohensperg dekat Karlsruhe, Jerman. Dikatakan Kamerer memperuntukkan masanya di dalam kurungan yang gelap itu dengan membuat pelbagai ujian dan secara tidak sengaja mendapati geseran posporus dengan sulfur boleh menghasilkan api. Bagaimanapun tidak diketahui tarikh tepat mancis ini dicipta.
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g daging batang pinang
400 g ubi kentang, dikiub 2 cm (kurang lebih 4 biji, boleh kurangkan kalau suka)
4 camca besar tepung gandum
4 camca besar margerine
3 camca besar minyak masak
1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk halus
4 cm kulit kayu manis
Garam dan gula secukup rasa
Kacang pis, untuk hiasan
BAHAN KUAH :-)
200 ml air (mat lebih kan sikit)
120 ml sos tomato
2 camca besar cili kisar
1 camca besar tomato puree
1 kiub stok daging (optional)
BAHAN DIKISAR :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
CARA MEMBUATNYA :-)
- Daging dipotong kiub, cuci bersih, toskan dan lap dengan paper towel hingga kering. Gaul daging tadi bersama tepung, lada hitam tumbuk dan garam. Perap 30 minit dalam peti sejuk.
- Dalam kuali, panaskan minyak + margerine hingga cair. Goreng daging tadi hingga perang. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali yang sama, masukkan kayu manis dan bahan kisar, tumis hingga harum. Masukkan kentang dan kacau rata. Tuang air dan masak hingga kentang 1/2 empuk.
- Masukkan daging dan semua bahan2 kuah. Kacau rata dan tutup kuali dan masak dengan api perlahan hingga kentang empuk (tambah sedikit lagi air jika perlu). Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api.
- Hidangkan dengan menabur kacang pis sebagai hiasan. Sedap dimakan bersama roti dan nasi...Selamat mencuba untuk semua!!!
Labels:
BISTIK DAGING,
DAGING
LEMPENG PEKAK VS KARI DAGING..
Posted by
Aman
LEMPENG PEKAK & KARI DAGING..

Ok...kenapa lempeng tu kami panggil "Lempeng Pekak?"..sebab ianya hanya guna bahan2 asas saja, tepung, garam, air dan sedikit minyak masak...tak de letak telur dan sebagainya. Kari daging tu rasa2nya semua dah pandai buat..betul tak..Yang tu guna santan, kalau tak suka, boleh guna susu cair atau yogurt, tak de masalah..nak buat plain without coconut milk pun ok, ala2 kari India....terpulang pada citarasa sendiri...tak de paksaan yea...

BAHAN-BAHAN KARI DAGING :-)
500 g daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
4 biji kentang, kupas, belah 4 setiap biji dan rendam
1 keping asam gelugor
2 1/2 camca besar rempah kari daging (mat guna "baba's), bancuh dengan sedikit air
1 liter santan cair
300 ml pati santan
2 camca besar cili kisar
1 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia tua*
1/2 inci kunyit hidup*(*kisar halus)
3 biji bawang merah, hiris halus#
2 ulas bawang putih#
1/2 inci lengkuas, diketuk#
1 batang kayu manis#
1 kuntum bunga lawang#
3 biji buah pelaga#
5 kuntum bunga cengkih#
3 pelepah daun kari#(#rempah tumis)
BAHAN-BAHAN LEMPENG PEKAK :-)
1 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan air
3/4 camca teh garam
2 camca besar minyak masak
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK KARI :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan bertanda (#) hingga harum, masukkan cili kisar dan bahan kisar (*) dan tumis hingga harum. Masukkan rempah kari dan masak hingga terbit minyak. Tambah kentang dan daging, gaul rata dan masak hingga daging kecut. Tuang santan cair dan biar mendidih. Bila kentang 1/2 empuk, masukkan kerisik, asam gelugor, gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau rata dan tuang santan pekat. Masak dengan api sederhana hingga kentang empuk dan daging masak (biasanya daging batang pinang ni cepat masak). Rasa dan jika ok, boleh matikan api...
- UNTUK LEMPENG PEKAK :- Satukan semua bahan2 untuk lempeng, kacau rata dengan whisk dan tapis. Rehatkan adunan 15 minit, nak senang satukan semua bahan lempeng dalam blender dan kisar hingga halus, ketepikan. Panaskan non-stick frying pan. Lenser dengan sedikit minyak masak (mat cuma sapu dengan paper towel yang bersih yang dicelup dalam minyak masak). Tuang kira2 1/4 cawan adunan tadi dan ratakan. Bila permukaan kelihatan pucat, terbalikkan lempeng tadi, masak hingga garing sedikit. Alih dalan pinggan. Ulangi proses memasak hingga siap. Boleh hidangkan bersama kari daging tadi....Selamat mencuba!!....
Labels:
DAGING,
LEMPENG PEKAK VS KARI DAGING
CARA MASAK DAGING KUNYIT BERKOBIS
Posted by
Aman
DAGING KUNYIT BERKOBIS.

- Penulis England, Oscar Wilde terkenal sebagai orang yang suka meninggi diri. Semasa bekunjung ke Amerika, dia telah ditanya oleh pegawai kastam yang memeriksa barang-barang yang dibawanya ke negara itu, "Ada apa-apa lagi yang encik nak isytiharkan?" "Tak ada," jawab Oscar Wilde, "kecuali kebijaksaanku ini."
BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
1/2 inci halia muda*
3 ulas bawang putih*
2 inci kunyit hidup*(*ditumbuk halus)
1/2 camca teh garam
Secubit gula
1 biji bawang besar, dihiris
1 biji cili merah, hiris serong
1/4 biji kobis bulat
1/3 cawan air
CARA MEMBUATNYA :-)
- Daging digaul dengan bahan tumbuk halus hingga rata. Perap sekurang2nya 2 jam dalam peti sejuk. Kobis dihiris kasar, cuci dan toskan.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar hingga layu, masukkan daging tadi dan masak hingga daging berubah warna. Tuang air dan masak hingga daging lembut.
- Tambah sayur kobis dan cili merah hiris, kacau rata dan biar hingga kobis lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam, kacau rata, angkat dan hidangkan panas bersama nasi.....
Labels:
DAGING,
DAGING KUNYIT BERKOBIS
Subscribe to:
Posts (Atom)